Sejarah Sekolah

Sekolah St. Bernadette’s Convent ini, bermula sebagai sekolah persendirian pada tahun 1948 oleh pihak Society of St. Moor Malaya (Nama rasmi pertubuhan Convent of the Infant Jesus).
            Pada tahun 1948 sehingga 1953, Sekolah Convent menumpang di bangunan sekolah Agama Gereja St. Joseph, Batu Gajah di bawah Sr Ignatius (1950 hingga 1951) dan Sr Winifred (1951 hingga 1952).
            Dalam tahun 1950, sekolah Convent mula menjadi sekolah separuh bantuan dan darjah tertinggi sekali ialah darjah satu (iaitu darjah 3 sekarang). Pada tahun 1953 sebuah bangunan telah dibina di Jalan Pusing lebih kurang 3 km dari Pekan Batu Gajah (bangunan sekarang)
             Mother Pauline berusaha membina bangunan ini dengan bantuan derma daripada firma-firma, dermawan-dermawan serta lain-lain sumber. Pada masa itu sekolah Convent cuma ada 10 buah bilik darjah sahaja termasuk sekolah menengah.
             Dari masa ke semasa sekolah telah dilengkapkan dengan beberapa kemudahan yang bertujuan menjamin keselesaan murid dan juga guru yang mengajar. Kini bilangan tenaga mengajarnya seramai 52 orang manakala muridnya lebih kurang 906 orang.

No comments:

Post a Comment