Lencana







          Lencana di sekolah-sekolah Convent adalah lencana antarabangsa yang digunakan oleh penuntut-penuntut di seluruh dunia. Simbol lencana ini digunakan semenjak abad yang lampau hingga kini. Bahagian tengah lencana berwarna merah dengan satu jaluran perak bertepikan emas Warna merah melambangkan kasih Tuhan yang menyelubungi seluruh dunia. Di sebelah kanan adalah kitab suci 
kepada orang-orang Islam : Al-Quran
kepada penganut Buddha : Dharamapoda
kepada penganut Christian: Injil
kepada penganut Hindu : Bhagaradgita
          Di mana-mana sahaja, ajaran agama didapati boleh menjadi prinsip yang memandu penganut-penganutnya dalam prinsip pertama rukunnegara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Manik-manik di bawah kitab suci pula mengingatkan kita bahawa kewajipan pertama terhadap Tuhan ialah menyembahnya
          Di sebelah kiri pula adalah tiang rahat dan gelendong. Ia adalah lambang kerja yang dilakukan.
Perisai yang di atasnya terletak Bintang Emas dikelilingi oleh sekalung bunga marguerita dengan cogankata “TULUS DENGAN FADILAT”, “AZAM DENGAN BAKTI”. Bintang adalah suatu cahaya gemilang yang memandu kita ke arah jalan benar yang berasaskan RUKUNEGARA
          Cogankata kami mempunyai maksud yang mendalam. Ia membina makna jujur dalam kebajikan,
berhadapan dengan Tuhan dengan penuh keyakinan dan kasih sayang. Ia juga bermakna amanah dan jujur terhadap orang lain supaya kita dapat hidup bersama dengan semangat kekeluargaan.
Kejujuran ini berkehendakkan pengakuan kita tentang kesalahan-kesalahan kita sendiri dan usaha untuk menghapuskan sikap tamak dan mementingkan diri sendiri
           Tabah dalam kewajipan bererti menyedari bahawa kewajipan kita ialah berkhidmat untuk orang
lain. Berkhidmat untuk orang lain memerlukan tenaga dan dedikasi kerana sumbangan kita
diperlukan pada setiap hari, setiap masa. Hanya apabila seseorang itu mengenepikan sikap
mementingkan diri sendiri, barulah ketabahan dan kewajipan ini dapat dicapai, sepenuhnya.
Khidmat bakti yang tiada batasan ini bermula dari diri kita sendiri
           Kalungan bunga marguerita ialah lambang kesucian dan kejujuran terhadap Tuhan, jiran tetangga
dan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment